Monday 13 October 2014

BAB 9 KEMENTERIAN


Pengenalan
Agensi pentadbiran tertinggi dalam sistem pentadbiran Kerajaan Persekutuan, berfungsi menggubal dasar, merancang program pembangunan negara dan melaksanakan program di bawah pengawasan Menteri berkenaan. Diketuai Menteri dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Ketua Setiausaha menjadi penasihat pentadbiran kepada Menteri. Dibahagi menurut fungsi iaitu di Peringkat Persekutuan dan berfungsi di peringkat Persekutuan dan Negeri.
o   Berikut merupakan peranan yang dijalankan oleh sesebuah kementerian :
i.                 Merancang dan Menggubal dasar-dasar, mengawal serta menyelaraskan program-program yang terletak di bawah portfolio Menteri
ii.                Mengesan dan mengawal pelaksanaan program-program yang dijalankan oleh agensi-agensi pelaksana di bawah kawalannya.
o   Kementerian yang membuat dan menyimpan akaun sendiri ialah:
o   Kementerian Pendidikan
o   Kementerian Pertahanan
o   Kementerian Kesihatan
o   Kementerian yang tidak membuat akaun sendiri akan menyerahkan akaunnya kepada Jabatan Akauntan Negara
o   Ketua Audit Negara akan memeriksa semua akaun kerajaan pusat dan kerajaan negeri, kemudian membuat Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibahaskan di Parlimen.
o   Carta organisasi sesebuah kementerian (sila lihat lampiran)


9.1   JENIS-JENIS KEMENTERIAN

Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia:
1.     Kementerian Kewangan
2.     Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
3.     Kementerian Pertahanan
4.     Kementerian Kerja Raya
5.     Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan
6.     Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
7.     Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
8.     Kementerian Luar Negeri
9.     Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
10.   Kementerian Sumber Manusia
11.   Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
12.   Kementerian Pelajaran Malaysia
13.   Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
14.   Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
15.   Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
16.   Kementerian Pengangkutan
17.   Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
18.   Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-ehwal Pengguna
19.   Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
20.   Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
21.   Kementerian Pengajian Tinggi
22.   Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
23.   Kementerian Kesihatan Malaysia
24.   Kementerian Belia dan Sukan
25.   Kementerian Penerangan
26.   Kementerian Wilayah Persekutuan
27.   Kementerian Pelancongan
28.  Jabatan Perdana Menteri


9.2   PERANAN KEMENTERIAN

9.2.1       Kementerian Pelajaran Malaysia
Sebuah kementerian yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.[1]

9.2.2   Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.[2]
9.2.3   Kementerian Pertahanan Malaysia
Sebuah kementerian yang bertujuan untuk memelihara kedaulatan, keutuhan, kepentingan dan hak strategik negara Malaysia ke arah mewujudkan rantau yang aman dan makmur. Kementerian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan Dasar Pertahanan Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan, serta sumber-sumber yang diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara.
Kementerian Pertahanan dipimpin oleh Menteri Pertahanan, dengan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan mengandungi dua perkhidmatan utama, iaitu Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.
9.2.4       Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi atau KTAK
Kementerian yang ditubuhkan pada 27 Mac, 2004 sejajar pembentukan struktur baru kabinet Malaysia, justeru menggantikan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
KTAK bertanggungjawab dalam mentadbir, mengawalselia serta mengurus hal-hal berkaitan tenaga, komunikasi (infrastruktur), pos juga air di Malaysia
Peranan Kementerian telah berubah daripada sebuah kementerian yang menyediakan perkhidmatan kepada kementerian yang menggubal dasar dan mengawalselia perkhidmatan bagi sektor Tenaga, Air dan Komunikasi.
Dengan ini, teras utama peranan Kementerian adalah memudahkan juga mengawal pertumbuhan industri di dalam sektor-sektor tersebut bagi memastikan perkhidmatan yang diberi kepada pengguna seluruh negara adalah berkualiti tinggi, efisyen dan selamat digunakan dengan harga yang berpatutan. Tugas-tugas kawalselia Kementerian dilaksanakan oleh badan-badan kawalselianya iaitu Suruhanjaya Tenaga juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
9.2.5       Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Sebuah kementerian yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan yang beretika serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna di Malaysia. Menteri KPDNHEP terkini ialah Datuk Hj. Mohd. Shafie bin Hj. Apdal.
Pengawalseliaan perdagangan dalam negeri adalah melalui:
  • penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu; dan
  • perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu.[3]
9.2.6    Jabatan Perdana Menteri

Badan induk yang berfungsi menyelaraskan dasar-dasar kerajaan persekutuan dan menentukan corak kepimpinan negara atau menentukan pelaksanaan dasar-dsar kerajaan secara cekap dan berkesan menerusi kementerian-kementerian, diketuai oleh Perdana Menteri, dan dibantu oleh Menteri-Menteri Kabinet. Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas dasar beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

9.2.7     Kementerian Kewangan
Menguruskan kewangan negara, merancang dan melaksanakan dasar perbelanjaan dan percukaian, mengawal semua institusi kewangan.

9.2.8     Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan
Merancang dasar perumahan untuk memenuhi keperluan rakyat.

9.2.9     Kementerian Kerja Raya
Melaksanakan projek perhubungan, bangunan dan kejuruteraan.

9.2.10   Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Merancang dan melaksanakan dasar perdagangan dan industri negara, memajukan perdagangan luar dan perindustrian.

9.2.11   Kementerian Luar Negeri
Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara asing, menegakkan dan mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia.
Objektif
Melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah satu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif.
Fungsi
Kementerian Luar Negeri adalah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan negara-negara asing. Ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan politik, hal ehwal ekonomi, keselamatan dan promosi sosial dan kebudayaan.  Kementerian ini dipertanggungjawabkan untuk menepati objektif-objektif tertentu iaitu :
·        Menguruskan hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelabagi hala dengan negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi politik, ekonomi dan kebudayaan
·        Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing
·        Menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan bagi mengunjur imej negara di luar negeri.
·        Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan, pentabiran am, kewangan, konsular, keselamatan dan komunikasi.

9.2.12   Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Memajukan sektor perladangan, perikanan dan penternakan, meningkatkan pengeluaran makanan.

9.2.13   Kementerian Sumber Manusia
Membaiki kebajikan majikan dan para pekerja, memupuk hubungan baik antara majikan dan pekerja, menjalankan perancangan tenaga manusia.

9.2.14   Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menjamin bekalan tenaga yang cukup, memelihara alam sekitar dan hidupan liar.

9.2.15   Kementerian Kesenian,  Kebudayaan dan Warisan
Membangunkan kebudayaan kebangsaan melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

9.2.16   Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menjaga dan mempertahankan kepentingan kaum wanita, membendung keruntuhan akhlak dan krisis sosial, membangunkan masyarakat orang asli, menjalankan program kependudukan dan pembangunan negara.

9.2.17   Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Mempergiat penyelidikan sains dan teknologi, memajukan dan menggalakkan piawaian bagi menjamin kualiti barangan melalui SIRIM Berhad.

9.2.18   Kementerian Pengangkutan
Mengawal sistem pengangkutan udara, darat dan laut, penguatkuasaan undang-undang lalu lintas melalui Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Maritim Negara.

9.2.19     Kementerian Pelancongan
Menggalakkan perkembangan industri pelancongan.

9.2.20   Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Memajukan penghasilan dan kegunaan komoditi utama, membantu untuk memasarkan komoditi utama di pasaran Malaysia.
  
9.2.21   Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Mengawasi aktiviti perdagangan dalam negeri, pendaftaran cap perdagangan dan hak cipta.

9.2.22   Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Membangunkan kawasan luar bandar, meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dan wilayah.


9.2.23   Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Melaksanakan dasar pembangunan tanah, membantu perkembangan gerakan koperasi.

9.2.24   Kementerian Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Pada 15 Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Misi kementerian ini ialah untuk membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

9.2.25   Kementerian Kesihatan Malaysia
Meningkatkan taraf kesihatan rakyat, menawarkan perkhidmatan kesihatan yang bermutu.
Objektif
Untuk membantu seseorang individu supaya dapat mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan sosial dan ekonomi yang produktif dan dengan memberi tekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat bagi menunjukkan kehidupan yang sihat dan bersih.
Fungsi
  • Untuk merancang, menggubal, melaksana dan menilai dasar-dasar kesihatan negara samada dari segi promosi, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi bagi memastikan kualiti hidup rakyat terjamin.
  • Untuk mengadakan kemudahan-kemudahan perkhidmatan kesihatan asas untuk semua rakyat.
  • Memperluaskan skop dan mutu perkhidmatan kesihatan dengan mengambil ingatan kepada perubahan-perubahan cara hidup, keperluan-keperluan dan kemudahankemudahan rakyat, juga tentang perubahan-perubahan jenis penyakit dan tentang perlunya dibuat pendekatan antara sektor dan juga penglibatan seluruh masyarakat dalam meninggikan taraf kesihatan mereka.


9.2.26   Kementerian Belia dan Sukan
Membina belia yang bersahsiah tinggi, melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas.

9.2.27   Kementerian Penerangan
Memaklumkan, mendidik dan menghiburkan rakyat, menyebarkan aspirasi negara kepada rakyat.

9.2.28     Kementerian Wilayah Persekutuan
Penubuhan KWP bertujuan untuk:
Melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Lembah Klang dan Hal Ehwal Kepulauan.
Menggubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan fizikal dan insan berteraskan nilai dan budaya Malaysia dengan fokus kepada :
o   Wilayah Persekutuan menjadi bandaraya bertaraf dunia.
o   Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan yang utama.
o   Wilayah Persekutuan Labuan menjadi pusat kewangan luar pesisiran antarabangsa, pulau pelancongan bebas cukai antarabangsa dan pusat pendidikan yang terkemuka.
o   Pusat perancangan bagi pembangunan Wilayah Lembah Klang yang terancang dan terkawal.
o   Hal Ehwal Kepulauan Luar Pesisir

9.3   BIDANG KUASA KEMENTERIAN
9.3.1    Kementerian-Kementerian Dan Agensi-Agensi Kerajaan
1.               Jabatan Perdana Menteri
Jabatan dan
Agensi:

o     Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
o     Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
o     Bahagian Pengurusan Hartanah
o     Biro Tatanegara
o     Istana Negara
o     Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) [Department of Islamic
         Development]
o      Jabatan Peguam NegaraBahagian Penyelidikan
o     Jabatan Perangkaan (JP) [Department of Statistics]
o     Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) [Public Service
         Department]
o     Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak
o     Lembaga Penasihat
o     Majlis Perbandaran Wilayah Persekutuan Labuan
o     Majlis Tindakan Ekonomik Negara (MTEN) [National
         Economic Action Council]
o     Masjid Negara
o     Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
o     Pejabat Ketua Setiausaha Negara
o     Penasihat Sains
o     Perpustakaan Kuala Lumpur
o     Suruhanjaya Perdagangan Komoditi
o     Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) [Public Services       
         Commission]
o     Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) [Education
         Service Commission]
o     Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) [Election Commission]
o     Tribunal Perkhidmatan Awam
Jabatan:

o     Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
o     Lembaga Penapisan Filem
Jabatan:
o          Jabatan Kerja Raya (JKR)
Agensi:
o     Pusat Pembangunan Perkhidmatan Profesional (PSDC)  
5.    Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
Jabatan:
o     Jabatan Pertahanan Awam
o     Percetakan Nasional Malaysia Berhad
o     Suruhanjaya Pasukan Polis

Jabatan:
o     Arkib Negara

Jabatan:
Agensi:
o      Bank Negara Malaysia
Jabatan:
o         Bahagian Matrikulasi
o         Dewan Bahasa Dan Pustaka
o         Institut Aminuddin Baki
o         Institut Terjemahan Negara
o         Lembaga Akreditasi Negara
o         Lembaga Peperiksaan
o         Jemaah Nazir Sekolah
o         Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
o         Majlis Peperiksaan Malaysia
o     Jabatan Sekolah
o         Jabatan Pendidikan Teknikal
o         Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
o         Jabatan Pendidikan Swasta
o         Jabatan Pendidikan Khas
o     Yayasan Tunku Abdul Rahman
Agensi:
o     Perbadanan Penggalakan Pelancongan Sabah
Agensi:
o     FELCRA
o     INFRA
o     KEDA
o     KEJORA
o     KEMAS
o     KESEDAR
o     KETENGAH
o     PERDA
o     RISDA
Agensi:
o     Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
Agensi:
o     Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
Jabatan:
o     FINAS
Agensi:
o      BERNAMA  (Berita Nasional Malaysia)
  • Terdiri daripada dua jabatan dan agensi:-
  • Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti .
  • JPIPT pula terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS.
  • Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN, Yayasan TAR dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA):[4]
Jabatan:
Agensi:

o     Malaysia Airline
o     KTM
o     Northport
o     Bintulu Port
o     Penang Port
o     Johor Port
Lembaga:
o     Perbadanan Aset Keretapi
o     Pelabuhan Bintulu
o     Pelabuhan Johor
o     Pelabuhan Kemaman
o     Pelabuhan Kuantan
Agensi:
Jabatan:
o     Tentera Darat
Jabatan:
o     Jabatan Pertanian
o     Jabatan Haiwan
Agensi:
Jabatan:


Badan-badan berkanun:

Industri:
Jabatan:

o   Agensi Angkasa Negara (NSA)
o         Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) (menunggu Kelulusan
JPA untuk digabung dengan AAN)
o   Pejabat Penasihat Sains
Bahagian:

o   Pusat Sains Negara (PSN)
Syarikat Milik Kerajaan-(Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan)
o   SIRIM Berhad (SIRIM)
o   MIMOS Berhad (MIMOS)
o   Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB - di bawah AAN)
Syarikat Kerajaan di bawah Khazanah Nasional Berhad
Badan Berkanun:
Badan Bukan Kerajaan:
o   Centre For Intellectual Promotion and Technological Advancement (CIPTA)
Majlis dan Sekretariat:
Jabatan

Jabatan:

Badan Berkanun:
Syarikat:
Majlis Penasihat:

Agensi:

o   Bertanggungjawab untuk mengawal selia :
§         Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
§         Perbadanan Putrajaya.
§         Perbadanan Labuan








 Lampiran 1

Carta Organisasi Sesebuah Kementerian
 








                                                           

 











                                                                                
 



Menteri

 
Menteri

 
Menteri

 
Menteri

 
                                                                                                                                               
                                                                                            
                                           
 












[1] Matlamatnya ialah untuk:
  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
[2] Kementerian ini berfungsi untuk:
  • Mengkaji, mengemaskini dan menggubal dasar, undang-undang dan peraturan serta sistem kerja di KHEDN serta jabatan-jabatan di dalamnya supaya selaras dengan kehendak dan kemajuan semasa;
  • Dasar dan undang-undang imigresen dan pekerja asing dilaksanakan dengan jelas dan telus;
  • Rekod kependudukan negara terpelihara, terkini dan sistematik;
  • Dasar dan undang-undang berkaitan dipatuhi;
  • Menjadikan perkhidmatan Pasukan RELA sebagai pasukan yang unggul dan berwibawa;
  • Memastikan filem tidak mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh menjejaskan kestabilan, perpaduan dan kepentingan negara; dan
  • Meningkatkan kompetensi sumber manusia KHEDN.

No comments:

Post a Comment