Monday 13 October 2014

BAB 10 KERAJAAN TEMPATAN

Pengenalan

Ø  Kerajaan Tempatan / Pihak Berkuasa Tempatan Wilayah Persekutuan terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan
Ø  Kerajaan tempatan yang lain terletak dibawah kuasa Kerajaan Negeri
Ø  Kerajaan Tempatan merupakan satu peringkat kerajaan yang berasingan dan berkuasa dalam :-
i)          Membuat undang-undang kecil (undang-undang subsdiari)
ii)         Mengutip cukai dan sewa
iii)        Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan yang berada di  bawah kawalannya (Mempunyai autonomi kewangan)

10.1     TUJUAN PENUBUHAN

Ø  Kerajaan Tempatan ditubuhkan mengikut  Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk tujuan yang berikut :-
i)          Melicinkan pentadbiran awam
ii)         Menyediakan perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan keperluan             rakyat
iii)        Memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil               bahagian dalam pengurusan kawasan mereka
iv)        Memastikan keputusan dibuat dengan cepat dan selaras dengan keperluan
            penduduk tempatan

10.1.1  Jenis Kerajaan Tempatan
Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Daerah
Ditubuhkan melalui undang-undang khas
Ditubuhkan melalui  (enakmen) undang-undang biasa
Ditubuhkan melalui (enakmen) undang-undang biasa
Diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong





Mesti pusat pentadbiran dan perniagaan




Diketuai oleh Datuk Bandar dan dibantu oleh Majlis Bandaraya (24 orang ahli)

Diketuai oleh Yang Di-pertua dan dibantu oleh Majlis Perbandaran (8-24 ahli)
Diketuai oleh Yang Dipertua (Pegawa Daerah) dan dibantu oleh Majlis Daerah (8-12 ahli)

Tempoh perkhidmtan ahli  Dewan: 2 Tahun

Tempoh perkhidmatan ahli Majlis: 1 Tahun
Tempoh perkhidmatan ahli Majlis: 1 Tahun
Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Daerah
Bilangan penduduk melebihi 100,000 orang

Bilangan penduduk melebihi 100,000 orang
Bilangan penduduk kurang daripada 100,000 orang
Sumber kewangan melebihi RM 20 Juta setahun

Sumber kewangan melebihi RM 5 Juta setahun
Sumber kewangan kurang daripada RM 5 Juta setahun
Contoh: Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Kuching Utara, Kuching Selatan, Kota Kinabalu, Putrajaya

Petaling Jaya, Pulau Pinang, Alor Setar
Rabu (Pahang), Kampar (Perak)


Keanggotaan Dewan Bandaraya

o   Terdiri daripada Datuk Bandar dan ahli-ahli Bandaraya yang dilantik oleh Kerajaan Negeri
o   Di Kuala Lumpur, Datuk Bandar dan ahli-ahli Dewan Bandaraya dilantik oleh Kerajaan Persekutuan
o   Pegawai-pegawai pentadbir yang lain merupakan kakitangan kerajaan

Keanggotaan Majlis Perbandaran

o   Terdiri daripada Yang Dipertua Majlis dan ahli-ahli Majlis Perbandaran dilantik oleh Kerajaan Negeri
o   Dibantu oleh kakitangan  kerajaan negeri yang dilantik oleh Majlis Perbandaran dengan kelulusan Kerajaan Negeri
Horizontal Scroll: Ahli-ahli Majlis Perbandaran merupakan pemimpin tempatan yang menyokong Kerajaan Negeri. Sebagai contohnya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang terdiri daripada pemimpin UMNO, Gerakan, MCA dan MIC. Manakala Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan terdiri daripada penyokong-penyokong PAS.
 










Keanggotaan Majlis Daerah

o   Diketuai oleh Yang Dipertua yang memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah
o   Ahli-ahli majlis ini dilantik oleh Kerajaan Negeri


10.2     KERAJAAN TEMPATAN: FUNGSI (TUGAS UTAMA) DAN BIDANG KUASA

o   Tugas-tugas utama Kerajaan Tempatan terdiri daripada :-
i)          Menjalankan kerja-kerja mengangkat sampah dan mencuci parit
ii)         Mengawal, menyewa dan menguruskan pasar
iii)        Menjaga keindahan kawasan dan menyediakan kemudahan rekreasi
iv)        Mengutip cukai harta benda, cukai pintu, bayaran perkhidmatan, sewa gerai kepunyaan kerajaan tempatan, mengeluarkan lesen kedai makan, lesen penjaja, pesta, pusat hiburan, Sijil Menduduki Bangunan (OC) dan sebagainya.
v)         Membuat undang-undang kecil untuk sesuatu kawasan dan dikuatkuasakan setelah disetujui oleh Kerajaan Negeri / Kerajaan Persekutuan
vi)        Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan dan mengawal akaun tersebut, tetapi belanjawan tahunannya mesti mendapat kelulusan Kerajaan Negeri
vii)       Menerima dan melaksanakan arahan-arahan Kerajaan Negeri
            viii) Menyelaraskan dasar-dasarnya mengikut dasar-dasar Kerajaan                       
                        Persekutuan
            ix)        Mengikut arahan-arahan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

10.2.1     Sumber Kewangan Kerajaan Tempatan

o   Sumber kewangan Kerajaan Tempatan diperolehi daripada :-
a)         Cukai harta benda dan pintu kecuali cukai tanah
b)         Bayaran perkhidmatan dan lesen-lesen kedai kopi, penjaja dan pusat               hiburan.
c)         Pinjaman dan pemberian daripada kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan

10.3     KUASA KERAJAAN NEGERI TERHADAP KERAJAAN TEMPATAN

o   Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadap Kerajaan Tempatan seperti yang berikut :
i)          Mengisytiharkan sesuatu kawasan dalam negeri menjadi kawasan Kerajaan
            Tempatan
            ii)         Menetapkan taraf, status dan sempadan kerajaan tempatan
            iii)        Memberi arahan am tentang dasar-dasar kepada Kerajaan Tempatan
            iv)        Meluluskan atau tidak meluluskan belanjawan tahunan Kerajaan Tempatan
            v)         Mengesahkan atau tidak mengesahkan setiap perundangan kecil yang dibuat
                        sebelum dikuatkuasakan
            vi)        Meluluskan jawatan baru yang hendak diwujudkan oleh Kerajaan Tempatan
            vii)       Melantik ahli majlis, Datuk Bandar atau Yang Dipertua Kerajaan Tempatan

10.3.1  Penyelarasan Antara Kerajaan Negeri Dengan Kerajaan Persekutuan

o   Badan-badan penyelarasan yang termaktub dalam Perlembagaan ialah Majlis Raja-raja, Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dan Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.
o   Badan-badan penyelarasan yang tidak termaktub dalam Perlembagaan ialah Majlis Perhutanan Negara, Majlis Perumahan Negara, Majlis Air Negara, Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dan juga Badan-badan Lain.

1.   Badan-badan Penyelarasan yang termaktub dalam Perlembagaan

i)    Majlis Raja-raja
o   Melibatkan penyelarasan terhadap isu-isu seperti keistimewaan, kedudukan dan kebesaran raja-raja, keagamaan, bahasa Melayu dan kewarganegaraan
o   Penyelarasan ini dapat dilakukan kerana semua Ketua Menteri dan Menteri Besar akan menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja dengan mengiringi Raja/Sultan/ Yang Dipertua Negeri manakala Perdana Menteri pula mengiringi Yang di-pertuan Agong

ii)   Majlis Tanah Negara
o   Dipengaruhi oleh Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi
o   Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil negeri dan pusat
o   Fungsi-fungsi majlis ini adalah :
i)                 Mentadbir dan menyeragamkan undang-undang tentang dasar tanah
ii)                Memastikan dasar-dasar tanah dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
iii)              Menyelaraskan dan menyeragamkan pengawalan dan penggunaan tanah
iv)              Memperuntukkan tanah untuk kegunaan pembangunan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan Lebuh Raya Utara-Selatan

iii)  Majlis Kewangan Negara
o   Keanggotaannya terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri setiap negeri. Fungsi-fungsi majlis ini ialah :-
i)                 Memperuntukkan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri mengikut kriteria yang berikut :
a)               Bilangan penduduk negeri
b)               Panjang jalan dalam negeri
c)               Peruntukkan pembangunan khas
ii)                Memperuntukkan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
iii)              Membincangkan pembayaran royalti minyak atau hasil mineral dan perhutanan kepada Kerajaan Negeri

iv)  Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
o   Dipengerusikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
o   Ahli-ahlinya terdiri daripada seorang wakil dari setiap negeri dan juga wakil-wakil
            Kerajaan Persekutuan
o   Tujuannya adalah untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Tempatan di  
            seluruh negara
o   Memberikan nasihat kepada Kerajaan Tempatan tentang kutipan pelbagai hasil
            dan cukai dibawah bidang kuasanya
o   Membentuk dasar-dasar kebangsaan untuk menggalakkan, memajukan dan
            mengawal Kerajaan Tempatan
o   Melalui Majlis Negara, Kerajaan Persekutuan juga akan memberikan peruntukkan
            kewangan kepada Kerajaan Tempatan mengikut :
a)               Bilangan penduduk sesuatu Kerajaan Tempatan
b)               Keluasan kawasan di bawah pentadbiran Kerajaan Tempatan

v)   Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri
o   Dipengerusikan oleh Perdana Menteri
o   Membincangkan dan menyelaraskan dasar-dasar dan perlaksanaan projek
      pembangunan

2.   Badan-badan penyelarasan yang tidak termaktub dalam perlembagaan:

i.  Majlis Perhutanan Negara
o   Dipengerusikan oleh Menteri Perusahaan Utama
o   Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
o   Menyelaraskan undang-undang pentadbiran hutan antara negeri
o   Menyelaraskan usaha membendung pembalakan haram dan menyelamatkan
     hutan

      ii.  Majlis Perumahan negara
o   Dipengerusikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
o   Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
o   Menyelaraskan undang-undang pentadbiran perumahan negara
o   Mencari jalan keluar untuk menyediakan rumah kos rendah yang secukupnya
      untuk memenuhi keperluan rakyat

      iii.   Majlis Air Negara
o   Mengatasi krisis air

      iv. Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
            Negeri
o   Melibatkan peringkat pegawai
o   Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara
o   Dianggotai Ketua Setiausaha semua kementerian dan semua Setiausaha
      Kerajaan Negeri
o   Menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

       v.   Badan-badan Lain
o   Penyelarasan antara badan-badan lain ialah:
a)          Majlis Pembangunan Negara dengan Jawatankuasa Pembangunan Negeri
b)          Majlis Keselamatan Negara dengan Jawatankuasa Keselamatan Negeri

c)          Majlis Perancangan Negara dengan Jawatankuasa Perancangan Negeri

1 comment:

  1. Ada kesilapan pada bilangan penduduk dewan bandaraya

    ReplyDelete