Monday 13 October 2014

BAB 1 MASYARAKAT


1.1     Definisi

Masyarakat
Kumpulan manusia yang hidup bersama (dalam sesuatu tempat dengan aturan-aturan dan cara-cara tertentu) – Kamus Dewan, DBP, 1997, m/s: 806


Masyarakat Majmuk
1948, pakar antropologi bernama J.S Furnival menyatakan bahawa masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya sendiri. Masyarakat ini juga hidup bersebelahan, tetapi bersaing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik.


1.2     Ciri-ciri Masyarakat


Taburan Penduduk Sebelum Merdeka

Tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan juga India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu.

Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu telah menyebabkan pihak Inggeris mentadbir penduduk dengan cara berasingan. Ia dikenali sebagai dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule).


1.3     Perubahan (Kesannya terhadap pembinaan negara bangsa)

1.3.1    Penduduk Tanah Melayu

1.    Orang Melayu            

Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang. Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’ bersama-sama dengan penduduk pribumi yang lain.
Terdapat juga penduduk Tanah Melayu yang berasal dari Indonesia iaitu :-

            I.       Orang Jawa

-        Penghijrahan beramai-ramai akibat daripada dasar transmigrasi (Perpindahan penduduk dari suatu tempat ke tempat lain) Belanda, iaitu perpindahan penduduk daripada Pulau Jawa.
-        Di Tanah Melayu, kebanyakan orang Jawa terdapat di Johor (Muar, Batu Pahat dan Pontian), Selangor (Kelang, Kuala Selangor, Kuala Langat) dan Perak (Hilir Perak, Krian dan Parit Buntar).

     II.   Orang Banjar

-        Berasal dari daerah Banjarmasin, Kalimantan
-        Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam perusahaan tanaman padi

      III. Orang Bugis

-        Berasal dari Pulau Sulawesi
-        Di Johor, kebanyakannya tinggal di kawasan Benut, Kukup dan Rengit (daerah Batu Pahat), sementara di Selangor kebanyakannya terdapat di Lembah Langat.
-        Di Perak, mereka merupakan golongan pedagang.

      V.  Orang Boyan

-        Berasal dari Pulau Boyan
-        Kebanyakan mereka berhijrah ke Singapura, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

     VI.  Orang Minangkabau

-        Berasal dari Sumatera
-        Di Tanah Melayu, tumpuan mereka adalah di Negeri Sembilan dan Melaka.
-        Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan dan pertanian.

VII.  Orang Asli

-        Orang Asli juga merupakan penduduk pribumi negara ini. Mereka diistilahkan sebagai bumiputera bersama-sama dengan orang Melayu dan kaum pribumi di Sabah dan juga Sarawak.
-        Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu :-

i.          Senoi
Ø  Terdiri daripada suku Semar (Semai), Temiar, Che Wong, Jh-hut (Jahut), Semoq Beri dan Mahmeri.
Ø  Kebanyakannya terdapat di Perak, Pahang, selatan Kelantan, pantai Terengganu dan pantai Selangor.

ii.               Melayu Asli (proto-Malay)
Ø  Terdiri daripada suku Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar.
Ø  Terdapat di Selangor, Negeri Sembilan, bahagian tengah dan pantai Pahang, Kota Tinggi dan bahagian pantai Johor.

iii.              Semang (Negrito)
Ø  Terdiri daripada suku Kensiu, Kintaq, Jahai, Lanoh, Bateq dan Mendriq.
Ø  Terdapat di timur laut Kedah, bahagian utara, tengah dan timur laut perak, bahagian timur di timur laut Kedah, bahagian utara, tengah dan timur laut Perak.


2.    Orang Cina

-        Orang Cina bertumpu ke negara ini sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Pulau Pinang dan juga Singapura menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-dua pulau ini dibuka oleh British pada tahun 1876 dan 1819. Walau bagaimanapun, orang Cina telah pun berada di negara ini sebagai peladang gambir dan lada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor. Mereka kemudiannya berpindah ke Singapura selepas dibuka oleh British.
-        Sebahagian besar orang Cina di negara ini berasal dari Wilayah Hokkien dan Kwangtung di Selatan China. Mereka yang datang pada abad ke-19 adalah kaum buruh, berbeza daripada mereka yang datang sebelum abad ke-19 yang terdiri daripada golongan pedagang.
-        Kelompok Cina yang datang ke Tanah Melayu ialah :-

i.          Hokkien
            Terdiri daripada peniaga dan pelombong

ii.         Kantonis
Terdiri daripada pelombong dan tukang mahir (tukang kayu, tukang kasut dan tukang besi).
     
      iii.        Hakka
                  Terdiri daripada pelombong

      iv.        Teochew
Terdiri daripada pekedai dan peladang yang membuka ladang-ladang tebu di Province Wellesley dan Pulau Pinang, dan ladang gambir dan lada hitam di Johor.
     
      v.         Hailam
                  Terdiri daripada pekedai makanan dan pembekal keperluan domestik.


Cara Kemasukan Buruh dari China ke Tanah Melayu

            i.          Sistem Tiket Kredit
                        Melalui sistem, seorang ketua kampung (kheh-thau) di China diupah
untuk mengumpulkan imigran-imigran (Sinkheh) yang mahu datang
ke Tanah Melayu.

            ii.         Sistem Pengambilan Pekerja
Sistem ini dilakukan bagi menggantikan sistem tiket kredit yang diharamkan. Melalui sistem ini majikan menghantar ejen, biasanya ketua buruh (Mandor) atau broker ke China untuk mendapatkan buruh.
           
iii.        Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
Melalui sistem ini, pengambilan buruh diuruskan oleh seorang ejen di China untuk dibekalkan kepada sesebuah rumah kongsi di Tanah Melayu dengan bayaran tertentu.

            iv.        Secara Persendirian
Terdapat juga buruh-buruh Cina yang datang ke negara ini dengan bantuan rakan-rakan atau ahli keluarga yang sudah berhijrah ke Tanah Melayu.
           
v.         Secara Berkumpulan
Sesetengah imigran datang secara berkumpulan dan membuka petempatan di sesuatu kawasan. Misalnya, orang Foochow yang datang ke Sarawak hasil daripada persetujuan yang dibuat di antara ketua orang Foochow dengan Charles Brooke. Di Tanah Melayu, orang Foochow membuka satu petempatan di Sitiawan, Perak.


3.    Orang India

-        Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak sebelum abad ke-19 lagi. Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai “saudagar raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar terhadap komposisi penduduk di negara ini.
-        Etnik India yang berhijrah ke Tanah Melayu ini dapat dilihat dengan jelas melalui ringkasan yang berikut :-

i.          Tamil
            Berasal dari Tamil Nadu
            Kumpulan etnik India yang terbesar di Tanah Melayu (80.0%)                  
daripada seluruh penduduk India di Tanah Melayu
           
ii.         Malayali
            Berasal dari Pantai Malabar
            Dikenali juga sebagai orang Malabari
            Merupakan 7.0 % daripada jumlah penduduk India di Tanah

            iii.        Telegu
                        Berasal dari Andhra Pradesh
                        Merupakan 4.0% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu
                       
            iv.        Sikh
                        Berasal dari Punjab
                        Berkhidmat dalam Malay Studies Guides yang ditubuhkan oleh British pada tahun 1896


Ø  Orang India sanggup meninggalkan India dan berhijrah ke negara ini kerana beberapa sebab :

i.          Sistem Kasta
Ø  Menghadkan pergerakan kasta rendah (petani dan buruh) dalam bidang pekerjaan.

ii.               Pertumbuhan Penduduk
Ø  Ledakan pertumbuhan penduduk menyebabkan ramai daripada mereka hidup menderita akibat tidak mempunyai pekerjaan.

iii.              Iklim dan cuaca
Ø  Bahan makanan tidak mencukupi disebabkan keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu.
Ø  Kemarau berpanjangan menyebabkan kebuluran kerap berlaku.

iv.              Cukai tanah
Ø  Kenaikan cukai tanah yang dikenakan oleh British membebankan petani dan golongan miskin.

v.               Tekanan polisi
Ø  Polisi British yang menekankan sebarang bentuk industri yang menyaingi industrinya dalam bidang tekstil menyebabkan pengangguran berleluasa dan ini menambahkan lagi kesengsaraan golongan miskin.


Cara Kemasukan Buruh dari India ke Tanah Melayu

i.                 Sistem Buruh Kontrak
Ø  Melalui sistem ini, buruh India dikehendaki berkerja dengan majikan selama tempoh satu hingga tiga tahun sebagai bayaran balik perbelanjaan tambang mereka ke Tanah Melayu.

ii.               Sistem Kangani
Ø  Melalui sistem ini, majikan menghantar Mandor (Kangani) ke India untuk mencari buruh ladang. Tambang buruh akan dibiayai oleh majikan dan buruh terikat dengan perjanjian untuk berkhidmat dengan majikan Kangani dalam tempoh tertentu sehingga hutang tambang dan sebagainya selesai dibayar balik. Buruh-buruh melalui sistem ini lebih sihat dan sasa berbanding dengan buruh melalui Sistem Buruh Kontrak.

iii.              Kemasukan Buruh Bebas
Ø  Sistem ini dilaksanakan pada peringkat awal pemerintahan British di Tanah Melayu. Melalui sistem ini, kemasukkan buruh India ke Negara ini bukan diatur oleh pihak tertentu. Ini menyebabkan mereka bebas memilih tempat kerja mereka. Pada tahun 1809 sudah terdapat 1 000 orang buruh jenis ini di Pulau Pinang. Mulai tahun 1833 sehingga 1859, buruh jenis ini berkhidmat sebagai buruh kontrak untuk tempoh setahun di ladang-ladang.


4.    Kaum-kaum lain

-        Kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini ialah Sikh, Pakistan, Siam, Kemboja dan Eurasia.

1.3.2    Pribumi Sarawak dan Sabah


1.    Sarawak

-        Terdapat tiga kumpulan besar penduduk pribumi iaitu kumpulan tanah tinggi, kumpulan tanah rendah dan kumpulan pesisiran pantai

i.    Penduduk tanah tinggi
     
a.   Kelabit
            -           Tertumpu di kawasan Sungai Baram dan Sungai Rejang
      -           Perkampungan mereka yang terkenal ialah di Bario
      -           Masih ada yang tinggal di rumah panjang

                  b.   Penan
                        -           Kebanyakannya hidup berpindah-randah
                        -           Tinggal di hutan

     
ii.               Penduduk tanah rendah beralun

a.          Orang Iban (Dayak Laut)
-           Berasal dari Kalimantan (Sungai Kapuas)
-           Merupakan suku kaum terbesar dan tinggal di kawasan pedalaman seperti di Sungai Sekrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rejang.


b.          Bidayuh (Dayak Darat)

c.          Kayan

d.          Bisaya

e.          Kenyah

f.            Punan

g.          Berawan


iii.        Penduduk pesisiran pantai

a.               Orang Melayu
Ø  Berasal dari Sumatera
Ø  Berada di Sarawak sejak kurun ke-15
Ø  Beragama Islam

b.               Melanau
Ø  Kebanyakkannya tinggal di Sungai Igan, Sungai Oya dan Sungai Mukah
Ø  Beragama Islam
Ø  Berlaku asimilasi dengan orang Melayu dan banyak mengamalkan budaya Melayu.

c.               Kedayan

Ø  Setiap etnik terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil mengikut kawasan. Misalnya, orang Iban terdiri daripada orang Iban Undup, orang Iban Skrang, orang Iban Batang Ai, orang Iban Saribas dan orang Iban Sebuyau.

2.    Sabah

i.          Kadazan-dusun
Ø  Kaum yang terbesar bilangannya, dipercayai berasal dari Kalimantan dan kebanyakannya
tinggal di kawasan pedalaman.
Ø  Tertumpu di lembah Ranau, lembah Tambunan dan kawasan Pantai Barat
Sabah.

ii.         Bajau
Ø  Kaum yang berasal dari Pulau Mindanao dan Sulu
Ø  Dikenali sebagai orang laut dan orang Sama
Ø  Tertumpu di kawasan Semporna, Kota Belud dan Pulau Timbang di Teluk Sandakan.

iii.        Murut
Ø  Kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman seperti Tenom, Rundum dan Pensiangan
Ø  Terdapat juga di kalangan mereka yang masih tinggal di rumah panjang dan sering hidup berpindah

iii.              Suluk
Ø  Berasal dari Kepulauan Sulu dan sekarang tertumpu di Sungai Sugut
Ø  Beragama Islam

iv.              Brunei
Ø  Berasal dari Brunei dan sekarang tertumpu di Beaufort, Kimanis dan Papar
Ø  Beragama Islam

Ø  Majoriti penduduk yang terdapat di Sabah ialah orang Kadazan dan juga Bajau.

No comments:

Post a Comment