Monday 13 October 2014

BAB 7 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pengenalan

 
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Sementara itu, setiap negeri mengamalkan adat tradisional iaitu  Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu juga, ia berperanan sebagai garis panduan pembentukkan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.


7.1       BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN

Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu surat. Perlembagaan bertulis mengandungi 3 sifat utama, iaitu :
i.                 Kukuh dan sukar  untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
ii.                Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
iii.               Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.

Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat. Contohnya, Akta Parlimen dan keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis iaitu Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.


7.1.1   Tujuan Perlembagaan

Carta   7.1.1    Tujuan Perlembagaan


Horizontal Scroll: Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat Horizontal Scroll: Mewujudkan satu bentuk pemerintahaan yang adil
 




                                                            

 










7.1.2       Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Jadual 7.1.2    Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 perkara seperti yang diberikan di bawah :-

Bahagian
Butir-butir
Perkara
1
Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan
Perkara 1-4
2
Kebebasan Asasi
Perkara 5-13
3
Kewarganegaraan
Perkara 14-31
4
Persekutuan
Perkara 32-69
5
Negeri-negeri
Perkara 70-72
6
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
Perkara 73-95E
7
Peruntukan-peruntukan kewangan
Perkara 96-112D
8
Pilihan raya
Perkara  113-120
9
Kehakiman
Perkara 121-131A
10
Perkhidmatan Awam
Perkara 132-148
11
Kuasa-kuasa Khas menentang perbuatan Subversif dan kuasa-kuasa Darurat
Perkara 149-151
12
Am dan Pelbagai
Perkara 152-160
12A
Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak
Perkara 161-161H
13
Peruntukan Sementara dan Peralihan
Perkara 162-180
14
Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya
Perkara 181
15
Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja
Perkara 182-183



7.1.3    Ciri-ciri Kerajaan Malaysia

i.                 Jenis Kerajaan Persekutuan
ii.                Raja berperlembagaan
iii.               Demokrasi berparlimen dan bercorak Westminster
iv.              Dwidewan
v.                Ketinggian perlembagaan


7.1.4    Konsep Ketertinggian Perlembagaan

i.                 Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia
ii.                Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan
iii.               Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa baginda mengikut Perlembagaan

 Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya. Perkara penting yang mencirikan perlembagaan ialah ia melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan, mempunyai raja berperlembagaan, mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan. Ini menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sikap tolak ansur dan menjaga kepentingan semua kaum dan bangsa.

Kandungan Ringkas Perlembagaan Persekutuan

i.                 Senarai Persekutuan :-
Meliputi perkara mengenai hal-ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah dan sivil, kewarganegaraan dan lain-lain.
ii.                Senarai Bersama :-
Meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang-undang selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan. Contohnya, perlindungan bagi binatang liar, biasiswa, perlindungan kanak-kanak, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam dan lain-lain.
iii.               Senarai Negeri :-
Meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri, jentera kerajaan Negeri dan lain-lain.

Ketertinggian Perlembagaan

Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang menentukan perlembagaan bertulis. Menurut Tun Mohammed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah yang tertinggi. Ketertinggian Perlembagaan dapat dilihat pada peruntukkan berikut :

i.                 Parlimen
ii.                Perlembagaan
iii.               Kedudukan YDPA
iv.              Kuasa perundangan
v.                Kebebasan asasi
Pindaan Perlembagaan

Semenjak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali sehingga ke akhir tahun 1982. Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang dijelaskan dalam perkara 159 dan perkara 161 (E) yang menjelaskan beberapa perkara yang boleh dipinda, iaitu:

i.                 Perkara 159 (4)-sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.
ii.                Perkara 161 (E)-sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri.
iii.               Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan, dengan syarat ia telah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Persetujuan Majlis Raja-raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitif dalam perlembagaan.
iv.              Perkara-perkara yang memerlukan suara majoriti dalam Parlimen.

Terdapat kritikan yang mengatakan perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang suci dan tidak patut dipinda. Orang ramai dikehendaki menghormatinya. Sememangnya, perlembagaan tidak harus kerap dipinda. Perlembagaan Malaysia tidak sama dengan Perlembagaan Amerika Syarikat yang mudah dan ringkas yang hanya mengandungi perkara penting sahaja. Perlembagaan Malaysia adalah lebih kurang sama dengan Perlembagaan India yang panjang dan terperinci.

2.    Perlembagaan Negeri

Perlembagaan Malaysia yang terbentuk sebenarnya hasil daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia. Negara-negara yang bergabung dalam Persekutuan Malaysia sememangnya diberi hak, kuasa dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri.

Kebanyakan negeri Melayu mengikut peruntukan tetap. Peruntukan tetap ini menggariskan sesuatu negeri itu harus mengandungi:

i.         Raja/Yang Dipertua Negeri
ii.         Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
iii.         Pihak Berkuasa Perundangan Negeri
iv.        Dewan Undangan Negeri

Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan perhubungan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri.  Ia mengandungi tujuh bab iaitu:-

i.                 Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
ii.                Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
iii.               Pembahagian beban kewangan
iv.              Tanah
v.                Pembangunan negara
vi.              Agihan persekutuan kepada negeri
vii.             Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan



Pindaan Perlembagaan Negeri

Peruntukan Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh undang-undang negeri, tetapi tidak boleh dipinda dengan cara lain. Antara peruntukan Perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda:
i.          Warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar Melayu  tidak boleh dipinda           
           oleh Badan Perundangan Negeri.
ii.         Sesuatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan
           Negeri selain;
a)               apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundangan negeri
b)               apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana-mana peruntukkan perlu yang dinyatakan dalam jadual 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia jika ia dibuat selepas Dewan Undangan Negeri dipilih mengikut sesyen 4, jadual tersebut.

Sesetengah Perlembagaan Negeri memerlukan persetujuan daripada kumpulan orang tertentu terhadap pindaan mengenai:
i.                 Pelantikan dan sifat-sifat waris taktha, permaisuri raja atau pemangku raja atau ahli-ahli Jemaah Pemangku Raja Negeri.
ii.                Pemecatan, penarikan diri, penurunan taktha raja atau warisnya.
iii.               Pelantikkan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu dan ahli-ahli Majlis Penasihat mengenai agama atau adat dan badan seumpamanya.
iv.              Hal bagi mengadakan, mengatur, mengesah dan melucutkan pangkat gelaran, kehormatan, kebesaran dan kurniaan adat Melayu dan mengadakan peraturan mengenai balai raja dan istana.

Parlimen boleh meminda sesuatu Perlembagaan Negeri untuk sementara waktu atas alasan keamanan negara seperti keadaan darurat.

Jadual 7.2.2  Agihan kuasa antara kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri

KUASA KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI
Mengikut perlembagaan, kuasa kerajaan dikongsi bersama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri. Menurut Fasal Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, pembahagian kuasa adalah seperti berikut :
Senarai Pusat
Senarai Negeri
Senarai Bersama
1.   Hal-ehwal luar negeri
2.   Pertahanan
3.   Keselamatan dalam Negeri
4.   Pentadbiran keadilan
5.   Kerakyatan negara
6.   Pilihan raya
7.   Kewangan
8.   Perniagaan, perdagangan,dan
      perusahaan
9.   Perkapalan, pelayaran dan perikanan
10. Perhubungan dan Pengangkutan
11. Kerja raya dan tenaga pusat
12. Jabatan ukur, penyelidikan dan lain-lain
13. Pelajaran
14. Kesihatan
15. Keselamatan buruh dan sosial
16. Orang Asli (kebajikan)
17. Hal-hal lain termasuk hari cuti
      kebangsaan, akhbar dan penapisan,
      amanah, kemajuan dan penempatan
      rumah pusat, syarikat-syarikat kerjasama
      dan lain-lain
1.   Undang-undang islam
2.   Tanah
3.    Pertanian dan
       Perhutanan
4.    Kerajaan tempatan
5.    Perkhidmatan   
        tempatan
6.    Kerajaan negeri
7.    Hari  cuti negeri
8.    Undang-undang   
       negeri dan lain-lain
9.    Kastam tempatan *
10.  Pelabuhan *
11. Jabatan ukur tanah *
12.  Perpustakaan,   
       muzium dan lain-lain *
       


1.   Kebajikan sosial
2.   Biasiswa
3.   Taman negara
4.   Perancangan bandar  
      dan negara
5.   Penjagaan haiwan
6.   Kesihatan dan
      kebersihan awam
7.   Parit dan tali air
8.   Pemulihan
9.   Perkapalan *
10. Air dan elektrik *
11. Derma
12. Hiburan awam


* Sabah dan Sarawak
7.2.1   Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) sejak abad ke-15 dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa kini, bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang digunakan oleh pedagang-pedagang yang datang dari serata dunia. Dalam hal ini, bahasa Melayu merupakan bahasa yang senang dipelajari dan dikuasai oleh sesiapa sahaja.

7.2.2       Agama

Agama Islam telah bertapak di Tanah Melayu sejak awal abad ke-13 melalui penemuan batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 129 Masihi dan berkembang maju pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semua individu untuk mengamalkan agamanya sendiri dengan cara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.

Pada 17 Oktober 1968, bagi menyelaraskan pentadbiran hal-ehwal agama Islam di peringkat Persekutuan, sebuah Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja. Anggotanya terdiri daripada :
i.                 Seorang Pengerusi (biasanya Perdana Menteri)
ii.                Seorang wakil dari setiap negeri Semenanjung Malaysia yang dilantik oleh raja negeri masing-masing. Sementara bagi Pulau Pinang dan Melaka, wakil dilantik oleh YDPA dan Sabah oleh Yang Di-pertua Negeri Sabah serta Sarawak oleh Yang Di-pertua Negeri Sarawak.
iii.               Lima orang ahli yang dilantik oleh YDPA dengan persetujuan daripada Majlis Raja-raja.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, agama Islam terletak dalam Senarai Negeri. Terdapat beberapa perkara yang berada di bawah kuasa perundangan negeri mengenai agama Islam, iaitu :
a)         Hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga
            b)         Adat istiadat Melayu
            c)         Wakaf
            d)         Fitrah
            e)         Zakat
            f)          Baitumal
            g)         Masjid
            h)         Mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam
terhadap rukun Islam
            i)          Mahkamah Syariah
            j)          Mengawal iktikad dan kepercayaan di kalangan orang Islam


7.2.3     Kewarganegaraan

Peruntukan pemerolehan kewarganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3, perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Seseorang  boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui empat cara iaitu :
i.          Secara kuat kuasa undang-undang – terdapat dua golongan iaitu :
            a)         Individu yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan menjadi
warganegara Persekutuan yang akan menjadi warganegara secara automatik.
b)        Individu yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia dan menjadi
           warganegara atas peruntukan kelayakan yang telah ditetapkan.
ii.                Secara pendaftaran /permohonan :
a)               Isteri dan anak warganegara
b)               Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun
c)               Seseorang yang berumur 18 tahun  atau lebih dan lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka
d)               Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia
iii.               Kewarganegaraan secara kemasukan :
a)               Individu tersebut telah menetap di Persekutuan Malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan.
b)               Berniat menjadi permastautin tetap Persekutuan Malaysia
c)               Tingkah laku baik
d)               Berpengetahuan dalam bahasa Melayu
iv.              Kewarganegaraan secara percantuman wilayah
ini merupakan cara termudah untuk menjadi warganegara Persekutuan. Contohnya, penduduk Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat taraf kewarganegaraan apabila ketiga-tiga wilaayah ini menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

1.   Kehilangan kewarganegaraan
Seorang warganegara boleh kehilangan kewarganegaraan melalui dua cara iaitu, :
1.                                                                                     Pertama, individu tersebut menolak kewarganegaraannya.
ii)         Kerajaan negara melucutkan kewarganegaraannya atas sebab berikut :-
a)               Seseorang individu telah menjadi warganegara asing
b)               Seseorang warganegara membuktikan dia tidak setia melalui percakapan atau tindakannya
c)               Seseorang warganegara telah menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan atau menjalinkan urusan dengan musuh negara
d)               Seseorang warganegara memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran, telah dihukum penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM 5000 tanpa pengampunan bagi kesalahannya
e)               Seseorang warganegara yang bermastautin di negara asing melebihi lima tahun secara berterusan tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul Persekutuan

2.   Proses Perlucutan Kewarganegaraan
Proses atau prosedur perlucutan kewarganegaraan seseorang individu adalah seperti yang berikut:
            a)         Diberitahu secara bertulis dengan alasan kepada individu yang dikenakan
                       perintah perlucutan
            b)         Individu berkenaan boleh merujuk kesnya kepada satu jawatankuasa siasatan
c)      Kerajaan menerusi laporan daripada jawatankuasa siasatan menentukan sama
           ada seseorang akan dilucutkan kewarganegaraanya atau tidak.

3.     Cara mendapatkan kewarganegaran
Ada empat penentu membolehkan seseorang mendapatkan taraf kewarganegaraan di Malaysia, iaitu berdasarkan faktor berikut :-
i.                 Jus soli
ii.                Jus sanguinis
iii.               Perkahwinan
iv.              Naturalisasi


7.3         HAK ASASI WARGANEGARA

Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak asasi berikut :-

i.                 Tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-undang.
ii.                Tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa kehadapan seorang majistret/pegawai daerah untuk mendapatkan  perintah tahanan
iii.               Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan secepat mungkin
iv.              Tiada siapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali bagi perkhidmatan kerahan (kerja paksa) yang mengikut undang-undang
v.                Berhak mendapat perlindungan undang-undang dan seorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi atas kesalahan yang sama
vi.              Berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak sah
vii.             Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, keturunan dan budaya
viii.            Seseorang warganegara bebeas bergerak dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan
ix.              Kebebasan bercakap, berhimpun, dan menubuhkan persatuan
x.                Kebebasan beragama
xi.              Kebebasan pemilikan harta


Jadual 7.3.1     Sekatan-Sekatan Terhadap Kebebasan Hak Asasi

No.
Jenis Undang-undang
Ringkasan
1.
Undang-undang Subversif
ü  Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara
2
Undang-undang Darurat
ü  Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh seseorang yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan
3
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
ü  Seseorang boleh ditahan tidak melebihi 2 tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan Kerajaan, orang itu mengancam keselamatan negara
4
Akta Universiti dan Kolej Universiti
ü  Para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik
5
Akta Rahsia Rasmi
ü  Tidak boleh membocorkan rahsia rasmi kerajaan
6
Akta Mesin Cetak
ü  Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk mengungkitkan isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara
7
Akta Hasutan
ü  Rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja dan kewarganegaraan
8
Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak
ü  Berkuasa untuk mengawal kemasukkan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak

 




7.4    KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU SERTA HAK KAUM LAIN

Menurut perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai :
i)          Seorang yang beragama Islam
ii)         Bertutur bahasa Melayu
iii)        Mengamalkan adat istiadat Melayu
iv)        Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau Singapura

Manakala, Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) tergolong menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang Melayu di Tanah Melayu. Dalam hal ini, walaupun sesuatu keistimewaan diberikan kepada  orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, kepentingan kaum lain juga hendaklah dilindungi. Berikut merupakan soal hak keistimewaan seperti berikut :-
a)               Perkhidmatan awam
b)               Ekonomi
c)               Pendidikan


7.5     PROSES PILIHAN RAYA

Pilihan raya merupakan satu cara untuk menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan dan tumpahan darah. Ia merupakan satu ciri penting dalam sistem demokrasi berparlimen.
Kelayakan calon untuk bertanding adalah seperti yang berikut :-
i.                 Warganegara dan pemastautin kawasan yang berkenaan
ii.                Berumur 21 tahun ke atas
iii.               Bukan seorang muflis
iv.              Sempurna akal (kelemahan fizikal bukan penghalang)
v.                Boleh merupakan calon bebas
vi.              Tidak pernah dipenjarakan melebihi satu tahun (boleh bertanding jika diampuni atau lima tahun selepas tamat hukuman penjara)
vii.             Tidak pernah didenda RM 2,000 ke atas (boleh bertanding jika diampuni)
viii.            Tidak memegang jawatan bergaji


7.5.1   Pilihan raya: Proses

Carta    7.5.1  Proses Pilihan Raya

 


















































7.6     KOMPONEN PARLIMEN

Carta 7.6         Komponen Badan Perundangan dalam Sistem Kerajaan Malaysia

 
















7.6.1   Yang Di-pertuan Agong

Dalam badan legislatif, YDPA bertindak sebagai Ketua Negara dan secara tidak langsung juga bertindak sebagai ketua kepada tiga cabang kerajaan, iaitu badan perundangan,  badan kehakiman dan badan eksekutif.

YDPA dilantik lima tahun sekali daripada kalangan sembilan orang raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-raja. Antara tugas YDPA ialah:

1. Merupakan raja berperlembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberi oleh
     Perlembagaan.
2.  Merupakan Ketua Negara Malaysia dan lambang perpaduan serta kedaulatan negara.
3. Merupakan pemerintah tertinggi angkatan bersenjata dan ketua agama Islam bagi negeri
     Melaka, Pulau Pinang,Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri baginda sendiri.
4. Bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di
     Sabah dan Sarawak.
5. Berkuasa melantik Perdana Menteri, menteri Kabinet, Peguam Negara, Ketua Polis Negara
    dan Hakim-hakim Mahkamah.
6. Mempunyai kuasa mengampun, meringan dan menangguh hukuman bagi orang bersalah.
7. Mengisytiharkan undang- undang tentera atau darurat.
8. YDPA tidak boleh didakwa atas sifat peribadinya kecuali di Mahkamah Khas.

Antara perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA menurut Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah :
i)            Baginda tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai raja di negeri baginda, kecuali tugas-tugas baginda sebagai ketua agama Islam
ii)           Baginda tidak boleh memegang sesuatu jawatan yang baginya ada apa-apa saraan
iii)         Baginda tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam apa juga perusahaan

7.6.2   Parlimen

Perkara 44 Bahagian 4, Bab 4, Perlembagaan Persekutuan Malaysia: Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.
Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Parlimen juga menjadi forum kritikan dan mendengar pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.
Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil “Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen” di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu.
Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau “contempt” di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.

Sebagai satu badan perundangan, Parlimen terdiri daripada Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat (dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih melalui pilihanraya), dan Dewan Negara  (dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong)

Tempoh Parlimen hanya kekal selama lima tahun dan dipanggil, ditangguh dan dibubarkan oleh Yang Di-Pertuan Agong

Parlimen Malaysia terdiri daripada dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk meluluskan undang-undang, menentukan belanjawan negara dan mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.


7.6.3   Dewan Negara

Keanggotaan Dewan Ngara telah dperuntukkan dalam Perlembagaan  Persekutuan Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45. Melalui peruntukan ini, Dewan Negara Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
  • 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
  • 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.
Tugas utama ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat  sebelum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-Undang Kewangan. Tempoh penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
  • warganegara Malaysia
  • tidak kurang dari 30 tahun
  • waras fikiran
  • bukan seorang muflis
  • tidak mempunyai rekod jenayah
Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.
Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.
Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.
7.6.4   Dewan Rakyat

Keanggotaan Dewan Rakyat ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada Bahagian 4, Bab 4 Perkara 46. Dalam peruntukan ini, Dewan Rakyat mempunyai seramai 219 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
  • warganegara Malaysia
  • tidak kurang dari 21 tahun
  • waras fikiran
  • bukan seorang muflis
  • tidak mempunyai rekod jenayah
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.
Antara perkara yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan untuk memegang jawatan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat ialah:
i.       Kurang siuman
ii.      Bankrap atau muflis
iii.     Memegang jawatan bergaji
iv.     Mungkir untuk menghantarkan penyata perbelanjaan Pilihan raya bagi Parlimen/Dewan
         Negeri dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu 33 hari selepas keputusan pilihan raya
         disiarkan.
v.      Disabitkan melakukan kesalahan jenayah
vi.     Memperoleh kewarganegaraan asing dengan kerelaan sendiri




7.2       PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN PERLEMBAGAAN NEGERI

No comments:

Post a Comment