Monday, 13 October 2014

BAB 2 BUDAYA

Definisi            
Menurut kamus Dewan, budaya merupakan tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir), kemajuan (akal budi).

Perkataan budaya berasal daripada kata akar bahasa Latin Colere (mendiami, mengerjakan, menghormati).  Secara amnya, ia merujuk kepada kegiatan-kegiatan manusia.          

2.1       AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Kamus Dewan
“Agama merupakan kepercayaan kepada Tuhan serta sifat-sifat kekuatan menerima segala perintah dan ajaran serta kepercayaan kepada maha kuasa”.

Hasel (Ahli Fisiologi Jerman)
“Agama merupakan objek yang paling tinggi yang dapat menguasai manusia dengan sempurna.  Agama tempat mencari kebenaran yang abadi dan tempat semua penapisan pemikiran, pertentangan dan kesedihan dapat diselesaikan, satu tempat semua manusia bersifat jujur.”

Emile Durkheim
“Agama penyatuan sistem tentang kepercayaan dan ibadat terhadap benda-benda suci.  Kepercayaan dan ibadat menjadi satu komuniti moral.”

2.1.1    Kaum Melayu
Secara keseluruhan, penduduk Melayu di Tanah Melayu menganut agama Islam.  Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke-15.

Agama Islam yang telah diserukan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) memperkenalkan konsep keesaan Tuhan atau kepercayaan kepada Tuhan yang satu.  Al-Quran dijadikan sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (swt).

Secara keseluruhan, ajaran Islam bermatlamat untuk:
  1. Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata.
  2. Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi kehidupan mereka.
  3. Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini sekali gus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.




2.1.2    Kaum Cina
Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina.  Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama Buddha serta memberi semangat, inspirasi dan panduan akhlak kepada orang-orang Cina. 

Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud ‘Jalan’.  Sebagai satu sistem falsafah, Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi.

Ajaran agama Tao telah diasaskan oleh Chang Ling yang memperkenalkan ajaran T’ien Shih (The Heavenly Teacher) di kalangan pengikutnya.  Ajaran ini terbahagi kepada dua, iaitu:
1.          Cult of Immortality.  Gerakan ini mengajar pengikutnya mencari kehidupan abadi menerusi meditasi, latihan pernafasan, gimnastik, mandi, seni seksual dan perubatan.
2.Way of the Heavenly Teacher.  Kebanyakan ajaran gerakan ini dipinjam daripada ajaran Buddha seperti kepercayaan triniti terhadap Three Pure Ones serta kepercayaan kepada syurga dan neraka.

Confusianisme diasakan oleh Kung Fu Tza (Confucius) yang dilahirkan pada tahun 551 S.M.  Confusius banyak mengajar falsafah moral dan sosial serta garis panduan tentang tingkah laku yang berdasarkan nilai-nilai abstrak seperti kasih sayang, keamanan, keharmonian, kemanusian, kebijaksaan, keberanian dan kesetian.  Antara ajaran Confusisme ialah:

1.          Konsep kekeluargaan.  Dalam sesebuah keluarga, kasih sayang sesama kaum kerabat dan ketaatan kepada ibu bapa dan abang sangat dititikberatkan.  Ajaran ini menekankan kepatuhan kepada orang yang berkedudukan lebih tinggi dalam keluarga dan masyarakat.  Ajaran Confusius juga memperkenalkan satu sistem Moral yang dikenali sebagai Lima Jenis Perhubungan, iaitu:
(a)        Hubungan pemerintah dengan rakyat
(b)        Hubungan suami dengan isteri
(c)        Hubungan bapa dengan anak
(d)        Hubungan abang dengan adik
(e)        Hubungan sahabat dengan sahabat
2.          Ketaatan anak
Merujuk kepada penghormatan yang patut diberikan oleh anak kepada ibu bapa.  Ajaran ini juga menekan kuat kepda konsep pemujaan dan penyembahan terhadap keluarga, terutama nenek moyang yang telah meninggal dunia.
3.          Konsep Yin  dan Yang
Semua benda di dunia merupakan gabungan unsur pasif yang dikenali sebagai Yin dan unsur aktif yang dikenali sebagai Yang.  Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan kehormonian.
4.          Jen
Ajaran yang bermatlamat untuk membentuk seorang individu itu bermoral tinggi dan sempurna.  Ajaran ini menganggap manusia mempunyai sifat baik semula jadi.  Oleh itu, manusia perlu sentiasa bersedia untuk membuat kebajikan, mempunyai perasaan simpati dan persahabatn.
5.          Chuan Zhi
Konsep ini bermaksud manusia yang benar, manusia yang sempurna dan manusia yang terbaik.  Dalam agama Islam, konsep ini boleh disamakan dengan konsep Insan Kamil (Manusia Sempurna).
6.          Li
Li bermaksud kesopanan, budi pekerti dan pelaksanaan upacara-upacara.  Untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil, pemerintah harus mengedalikan sistem pentadbiran berdasarkan konsep Li  dan juga Jen.
7.          Nilai Te
Te bermaksud persetujuan warganegara kepada nilai moral yang merupakan prasyarat untuk menjadi anggota masyarakat.  Masyarakat akan menjadi masyarakat yang baik jika pemimpinnya adalah daripada kalangan orang yang mampu mengabadikan diri secara jujur kepada kepentingan bersama dan memiliki watak dan kelakuan yang baik.

Masyarakat Cina di Tanah Melayu masih kekal menganuti dan mengamalkan agama yang mereka bawa dari tanah air mereka.  Anutan masyarakat Cina dan kepercayaan yang mereka amalkan telah turut menjadi satu pandangan biasa kepda masyarakat tempatan, mislanya dalam upacara pengebumian, muzik, opera, sekolah dan perayaan-perayaan tahunan mereka.


2.1.3    Kaum India
Kebanyakan masyarakat India beragama Hindu.  Agama Hindu dipercayai bermula di India tetapi tidak diketahui bila dan siapa pengasasnya.

Agama Hindu terawal terkandung di dalam Kitab Veda. Terbahagi kepada 4, iaitu
1.               Yajur Veda
2.               Sama Veda
3.               Athar Veda
4.               Rig Veda

6 prinsip asas dalam agama Hindu ialah:
1.          Terdapat roh yang sama dalam diri manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan.  Roh penyatuan ini dipanggil Brahman.
2.          Orang Hindu percaya kepda ahimsa.
3.          Penganut Hindu menyembah pelbagai Dewa yang sebenarnya satu penjelmaan Tuhan yang sama.  Tiga dewa agung itu dikenali sebagai Trimurti/Trimoorti (3 penjelmaan), iaitu
(a)        Dewa Brahma (Pencipta)
(b)        Dewa Vishnu (Pelindung)
(c)        Dewa Siva (Pemusnah)   
4.          Percaya kepada konsep kelahiran semula (Samsara).  Apabila seseorang itu meninggal dunia rohnya akan menjelma ke dalam roh atau badan makhluk lain dan lahir semula.
5.          Percaya kepda undang-undang Karma (perbuatan seseorang ketika hidup).  Perubatan ini diambil kira untuk menentukan kelahiran semula.
6.          Matlamat terakhir penganut Hindu ialah mencapai Nirvana.  Seorang yang mencapai tahap ini , rohnya akan bersatu dengan Tuhan dan tidak lagi dilahirkan ke dunia.  Caranya dengan melakukan kebaikan terhadap makhluk di dunia.

2.1.4    Masyarakat Sabah

Masyarakat Kadazan-Dusun. 
Memegang kepercayaan animisme.  Kebanyakan daripada mereka telah memeluk agama Kistian dan Islam.  Percaya tentang kewujudan syurga dan neraka.  Bagi orang pagan, mereka percaya bahawa sesiapa yang mati, rohnya akan dibawa pergi ke Gunung Kinabalu.  Mereka juga mempercayai pantang larang dan tafsiran mimpi.  Mimpi yang buruk boleh mempengaruhi sebarang keputusan dalam kehidupan mereka.

Masyarakat Bajau
Menganut agama Islam.  Mengamalkan upacara-upacara agama seperti berkhatan, akad nikah, khatam al-Qur’an dan lain-lain.  Namun, mereka juga percaya kepada kewujudan ‘jin’ iaitu sejenis makhluk yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa.  Selain itu, mereka juga percaya kepada konsep ‘tulah’, iaitu malapetaka yang ditimpa apabila melanggar adat atau peraturan.

2.1.5    Masyarakat Sarawak

Iban
  1. Tidak mempunyai agama yang tertentu.  Berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu dan pegangangan ini kini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha.  Selepas kedatangan penjajah Barat, agama Kristian dibawa masuk.  Fenomena ini menyebabkan sehingga kini sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian.
  2. Berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional.  Misalnya kepercayaan mereka terhadap upacara ‘miring’, iaitu jampi serapah yang dilakukan untuk menolak bala.
  3. Percaya kepada tafsiran mimpi. 

Melayu
Berpegang kepada ajaran Islam.  Mereka juga mempercayai pantang larang tertentu.  Misalnya, wanita mengandung ditegah keluar rumah pada waktu senja kerana bimbang anak yang dikandung akan hilang diambil makhluk-makhluk ghaib.

Melanau
Pada asalnya merupakan Pagan, tetapi ekoran dari pemerintahan Kesultanan Brunei dan Keluarga Brooke, ramai di antara mereka beragama Islam dan Kristian.
Mempercayai kuasa ghaib dan kuasa luar biasa.


 
2.2       KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM

Keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradapan, kemajuan akal budi dan lain-lain.

Menurut Robert Bierstedt dalam bukunya Social Order menyatakan bahawa kebudayaan adalah “kesemua yang kita fikir, yang kita buat dan kita punyai sebagai ahli dalam masyarakat.

Edward B. Taylor dalam Primitive culture 1871, memberikan definisi dari segi antropologi menyatakan bahawa kebudayaan adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam, dan apa juga kebolehan serta kebiasaan (tabiat) yang di dapati oleh manusia sebagai ahli sesbuah masyarakat.

2.2.1    Kaum Melayu
Perayaan-perayaan Keagamaan
  1. Aidil Fitri
  2. Aidil Adha (Hari Raya Korban)
  3. Nuzul Qur’an
  4. Maulud Nabi
  5. Awal Muharam

Kesenian
  1. Wayang kulit
  2. Mak Yong
  3. Kuda Kepang
  4. Menora
  5. Joget Gamelan

Perkahwinan
  1. Merisik
  2. Bertunang
  3. Pelamin dan bersanding

Pakaian
  1. Sarung
  2. Pakaian Cik Siti Wan Kembang
  3. Pakaian Puteri Perak
  4. Baju Kurung Teluk Belanga
  5. Baju Kebaya Labuh
  6. Baju Riau Pahang.
2.2.2    Kaum Cina
Kalendar orang Cina
Bermula dari hari pertama anak bulan dan berakhir selama 29 atau 30 hari.  Setiap tahun mengandungi 12 bulan dan setiap tahun dikenali dengan nama binatang-binatang tertentu.

Keinginan mendapat anak pertama lelaki.
 Anak lelaki akan mengekalkan nama keluarga dan orang yang mengendalikan upacara roh kepada ibu bapa yang meninggal dunia.

Pelajaran
Masyarakat Cina sejak dari beribu-ribu tahun dahulu amat mementingkan pelajaran.  Di Tanah Melayu dalam abad ke-19 dan ke-20, anak-anak Cina merupakan yang paling ramai bersekolah berbanding dengan anak-anak Melayu dan India.  Pelajaran diharap dapat memajukan seluruh keluarga dan membantu sanak-saudaranya kelak.

Upacara pengebumian
Mengadakan perarakan apabila berlaku sebarang kematian.  Perarakan ini akan diiringi bunyian muzik .  Seseorang yang memyambut hari lahir yang ke-60 menandakan orang itu sudah layak untuk memasuki ‘Persatuan Keranda’ dan dia perlu membayar yuran bulanan supaya apabila ia mati kelak dia mempunyai keranda yang baik.

Antara perayaan masyarakat cina ialah
1.     Tahun Baru Cina
2.     Chap Goh Mei
3.     Perayaan Ching Ming
4.     Perayaan Hantu Lapar
5.     Perayaan Kuih Bulan

Mempunyai semangat kesukuan yang kuat.  Semangat kesukuan ini menyebabkan lahirnya aktiviti kongsi gelap di Tanah Melayu, terutama sebelum campur tangan politik British.

2.2.3    Kaum India
Perayaan-perayaan utama masyarakat India ialah
     1. Deepavali
Dikenali juga sebagai Perayaan Lampu.  Diraikan dalam bulan ‘Kartikai’ dalam agama Hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November.
Merayakan hari ini sebagai simbol keterangan yang boleh menghalau kuasa jahat (kegelapan).

2. Thaipusam
Perayaan yang mula dirayakan di Tamil Nadu (India Selatan).  Diambil daripada bahasa Tamil sendiri, iaitu Thai (selalunya merujuk pada bulan Januari dan Februari) dan Pusam (Perayaan).

3. Thai Ponggal
Merupakan perayaan penuai atau petani.  Ia dirayakan pada awal bulan Thai (Januari).

2.2.4    Masyarakat Sabah
Masyarakat Kadazan-Dusun mempunyai berbagai-bagai kebudayaan dan adat resam.  Misalnya apabila berlaku kematian, proses pengebumian melibatkan seluruh masyarakat.  Unggun api dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh-roh jahat.  Selain itu, wujud konsep-konsep mihad (Menangisi mayat), momoju’ (Memandikan mayat), monguman (Menghias dan menandan mayat), lobong (Kubur) dan ponukup (Kenduri). 

Dalam proses memberi nama bayi juga melibatkan perbincangan dengan ahli keluarga dan jiran.  Adat mintuhun pula ialah adat menjejak kaki bayi ke tanah.

Dalam kehidupam masyarakat Bajau, terdapat empat kategori norma atau nilai, iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan penceraian.

2.2.5    Masyarakat Sarawak
Suatu masa dahulu mengamalkan budaya pemburuan kepala (Head Hunting).  Seorang lelaki akan memburu kepala untuk ditunjukan kepada keluarga bakal mertuanya ataupun sebagai lambang kepahlawanan mereka.

Mengamalkan konsep muafakat yang dipanggil ‘utai basai gagamit (tidak ada masalah besar yang boleh diatasi).

Dalam kelahiran, bayi yang baru dilahirkan akan dimasukkan garam ke mulutnya.  Proses ini dipanggil ‘ngetup garam’.  Sementara ibunya akan melalui proses berkindu ataupun berdiang di unggun api selama 41 hari dan 41 malam.


 
2.3       KESAN KEBUDAYAAN TERHADAP PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Merayakan perayaan-perayaan utama di peringkat kebangsaan.


 
2.4       KESIMPULAN


Secara keseluruhan, setiap kaum utama sama ada di negara kita mempunyai identiti dan pengelompokan masing-masing.  Pada peringkat awal, percampuran antara kaum ini amat sukar untuk berlaku akibat daripada taburan petempatan mereka yang terasing.  Amalan budaya dan agama mereka juga berbeza-beza.  Fenomena ini menyebabkan hampir tiada perpaduan yang dapat dikecapi di dalam negara sepanjang tempoh penjajahan.  Selepas kemerdekaan, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai dasar dan program bagi memastikan wujudnya perpaduan antara kaum.

No comments:

Post a Comment